Jika anda mengunjungi Buluh Perindu selepas membaca tentang saya dalam Metro Ahad, terima kasih dan selamat datang saya ucapkan.
Di Buluh Perindu, saya menulis tentang pembangunan diri dengan tema utamanya Kedaulatan Diri.
Esei-esei di sini berkisar sekitar cinta dan hubungan, kerjaya dan juga renungan diri.
Selain daripada berkunjung ke sini dengan lebih kerap, cara lain untuk kita terus berhubung adalah melalui laman Twitter dan Facebook saya.
Istimewa untuk pembaca baru, saya ada hadiah percuma buat anda semua.
Apa hadiahnya? Anda akan tahu di penghujung esei ini.
Teruskan membaca
//
Membina rumah yang kukuh memerlukan kita meletakkan tapak yang teguh
untuk memastikan ia mampu menghadapi sebarang cuaca, dan memberikan
perlindungan kepada penghuninya.
Begitu juga lelaki. Pembinaan karakter seorang lelaki memerlukan beberapa asas kukuh sebagai tapaknya.
Ia perlu untuk membezakan seorang lelaki yang sejati dan menarik di
mata wanita dengan seorang lelaki yang lemah, tidak menarik dan tunduk
kepada tekanan di sekelilingnya.
Berikut adalah lima ciri-ciri penting yang perlu
diterapkan mana-mana lelaki di dalam dirinya jika dia mahu menjadi
lelaki sejati – yang didambakan wanita yang sebenar.
1. Lelaki sejati gagah dan kuat
Lelaki sejati tidak menangis, merungut, jatuh sakit dengan mudah atau
ke hospital setiap kali dia selsema. Lelaki sejati berani membuat
keputusan dan berhadapan dengan sebarang hasil daripada keputusannya.
Dia tegas dan tiada masa untuk menjadi lemah dan manja.
Jika anda takut dengan lipas terbang dan labah-labah, maaf, anda belum lagi seorang lelaki sejati.
Jika anda menangis sewaktu mengajak teman wanita anda berkahwin di saluran televisyen, anda juga bukan lelaki sejati.
2. Bercinta bukan keutamaan dalam hidupnya.
Seorang lelaki yang mendakwa percintaan dan hubungan (relationship) adalah komitmen nombor satu dalam hidupnya, lelaki itu tidak boleh dipercayai dan tidak jujur.
Lelaki yang sejati tahu bahawa memuaskan hati beberapa orang sahaja
di dalam hidupnya bukanlah satu keutamaan. Dia tidak mahu dijinakkan
seorang wanita, tetapi dia sanggup memikul tanggungjawab yang hadir
apabila dia menggalas cabaran yang besar di dalam hidupnya.
Apabila lelaki lain melihatnya tetap berpegang kepada komitmen dan
nilai-nilai peribadinya, dia akan dihormati dan dipercayai lelaki lain,
walau pun mereka mungkin tidak menyokongnya secara langsung.
3. Lelaki sejati berani untuk gagal.
Mencuba dan gagal adalah lebih baik daripada hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.
Lelaki yang sejati tidak teragak-agak atau meragui keupayaan dirinya
mahu pun takut kepada kegagalan. Dia akan mengambil kira kemungkinan
gagal apabila mengusahakan sesuatu perkara baru tetapi, ia tidak akan
menghantui dirinya.
Jika ditakdirkan gagal, dia mampu menghadapinya.
Lelaki sejati juga belajar daripada kegagalan seperti mana dia juga
belajar daripada kejayaannya. Jika dia terlalu mengambil jalan selamat,
tenaganya akan berkurangan dan dia akan kehilangan mojo-nya.
4. Lelaki sejati fokus.
Lelaki sejati tahu membezakan perkara yang penting dan tidak penting. Dia tidak membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
Lelaki yang sejati fokus kepada kuasa, wang dan keluarga. Lelaki
sejati tahu bahawa seks juga adalah sejenis kuasa dan tidak akan
menyorokkan sisi tersebut dalam dirinya.
Jika orang di sekelilingnya berasa terancam dengan tenaganya yang
terlalu maskulin, dia tiada sebarang masalah untuk membiarkan mereka
dengan masalah itu yang berpunca daripada diri mereka sendiri.
//
Saya telah sebutkan empat ciri-ciri lelaki sejati yang didambakan wanita.
Ciri yang kelima, saya huraikan dengan lebih terperinci dan jelas dalam Manifesto Kedaulatan Diri yang saya siapkan khusus buat pembaca Buluh Perindu.
Saya huraikan ciri ini dalam satu manifesto sepanjang 28 muka surat.
Namun, ia boleh dibaca dan dipraktikkan dalam sekali bacaan sahaja.
Ciri yang kelima ini, walau pun ia membantu seorang lelaki menjadi
lebih menarik di mata wanita, ia juga mampu membantu seorang wanita
menjadi lebih feminin di mata lelaki.
Ia satu ciri yang androgini.
Untuk mengetahui apakah ciri yang kelima ini, saya menjemput anda untuk melanggan newsletter dari saya.
Saya akan kirimkan manifesto itu dalam format PDF kepada anda sebaik
sahaja anda mengesahkan alamat emel selepas melanggan newsletter Buluh
Perindu.
No comments:
Post a Comment