Saturday, 19 January 2013

CARA MENCARI ISTERI SOLEHAH....



Bagaimana seorang Muslim dapat mengenalpasti ciri Muslimah sebelum nikah, kerana ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap wanita? Seorang yang soleh akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan syarak.

Berikut adalah antara perkenalan yang perlu dan cara pendekatan yang dapat dilaksanakan :

1. Mengetahui akhlak dan tingkahlaku Muslimah dalam kehidupan harian.
Kehidupan harian yang dilalui setiap individu yang beriman dan beramal soleh digambarkan melaliu ciri-ciri berikut iaitu :

a. Ibadah yang khusyu’

b. Berpakaian menutup aurat yang sempurna.(menutup seluruh tubuh melainkan muka dan dua tapak tangan).

c. Cara percakapannya tidak dibuat-buat (mengada-ngada).

d. Menjaga pandangannya (tidak meliar matanya memandang, terutamanya melihat pemuda yang bukan mahramnya).

e. Bergaul dengan semua muslimah (tidak membataskan pada kriteria fizikal, seperti bergaul hanya yang sesama orang2 tertentu) dengan akhlak yang baik.

Benda ini boleh dilakukan melalui pertanyaan kepada siapa yang mengenalinya. Harus diingat bahawa perkara ini hendaklah dilakukan dengan cermat.

2. Melihat keadaan rumah tangga keluarga wanita.

Hal ini adalah dibolehkan, semasa bertunang. Ia dapat dilakukan semasa menziarahi kedua orang tua kepada wanita yang dipinang. Ketika ini juga ia boleh menanyakan lebih lanjut mengenai wanita itu pada ahli keluarganya. Biasanya jika ia berasal dari keturunan yang baik dan taat agama akan melahirkan wanita yang solehah. Tetapi, harus juga diingat ada juga wanita solehah yang berasal dari keluarga yang kurang taat pada ajaran agama.


3. Penglibatan dalam Dakwah Islam

Bagi lelaki Muslim yang memahami bahawa tanggungjawab terhadap agamanya tidak dipisah dengan usaha dakwah dan merasakan tidak mencukupi melalui dua perkenalan di atas, maka eloklah ditinjau juga setakat mana penglibatan wanita itu dan peranannya dalam kegiatan dakwah Islam.

Bagi ibu bapa yang baik dan taat beragama, dasar pemilihan dan urusan jodoh anaknya berdasarkan agama yang utama. Namun bagi yang lalai dan silau dengan kilauan harta dan pangkat dunia faktor agama bukan lagi neraca pertimbangannya. Penjodohan dengan dorongan aspek duniawi sangat menyalahi ajaran Islam dan wajib ditolak.

----------------------------------------------------------------------------

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “… Wanita yang baik (solehah) adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Seorang Mukmin yang benar-benar taat pada Allah s.w.t. tidak akan mengambil mudah soal jodoh, dengan kata-kata ‘kita kawin dulu, nanti kita tarbiyyah kemudian’.

Perlu diingat apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak kadangkala tidak ada masa untuk mendidik isteri, dan isteri pula enggan menghadiri majlis ilmu dan kemungkinan kemampuan suami pula tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk mentarbiyah isterinya, akhirnya hajat yang awal ingin membina rumah tangga Muslim kecundang ditengah jalan.

Oleh itu pemilihan berdasarkan agama (wanita solehah) adalah amat penting, lebih penting dari kecantikannya, hartanya atau kerjayanya. Setiap wanita pula perlulah mempersiapkan diri mereka untuk menjadi wanita solehah samaada yang belum berkahwin atau yang telah bersuami.

Kerana sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Di akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini apabila ia dimasukkan ke dalam Syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia daripada bidadari Syurga.

Subhanallah.. JOM MENCARI!!! Allahumma Rabbi Yassir Wala Tu'assir... =)

Menjadi Lelaki Yang Didambakan Wanita


Jika anda mengunjungi Buluh Perindu selepas membaca tentang saya dalam Metro Ahad, terima kasih dan selamat datang saya ucapkan.
Di Buluh Perindu, saya menulis tentang pembangunan diri dengan tema utamanya Kedaulatan Diri.
Esei-esei di  sini berkisar sekitar cinta dan hubungan, kerjaya dan juga renungan diri.
Selain daripada berkunjung ke sini dengan lebih kerap, cara lain untuk kita terus berhubung adalah melalui laman Twitter dan Facebook saya.
Istimewa untuk pembaca baru, saya ada hadiah percuma buat anda semua.
Apa hadiahnya? Anda akan tahu di penghujung esei ini.
Teruskan membaca ;)
//
Membina rumah yang kukuh memerlukan kita meletakkan tapak yang teguh untuk memastikan ia mampu menghadapi sebarang cuaca, dan memberikan perlindungan kepada penghuninya.
Begitu juga lelaki. Pembinaan karakter seorang lelaki memerlukan beberapa asas kukuh sebagai tapaknya.
Ia perlu untuk membezakan seorang lelaki yang sejati dan menarik di mata wanita dengan seorang lelaki yang lemah, tidak menarik dan tunduk kepada tekanan di sekelilingnya.
Berikut adalah lima ciri-ciri penting yang perlu diterapkan mana-mana lelaki di dalam dirinya jika dia mahu menjadi lelaki sejati – yang didambakan wanita yang sebenar.
1. Lelaki sejati gagah dan kuat
Lelaki sejati tidak menangis, merungut, jatuh sakit dengan mudah atau ke hospital setiap kali dia selsema. Lelaki sejati berani membuat keputusan dan berhadapan dengan sebarang hasil daripada keputusannya.
Dia tegas dan tiada masa untuk menjadi lemah dan manja.
Jika anda takut dengan lipas terbang dan labah-labah, maaf, anda belum lagi seorang lelaki sejati.
Jika anda menangis sewaktu mengajak teman wanita anda berkahwin di saluran televisyen, anda juga bukan lelaki sejati.
2. Bercinta bukan keutamaan dalam hidupnya.
Seorang lelaki yang mendakwa percintaan dan hubungan (relationship) adalah komitmen nombor satu dalam hidupnya, lelaki itu tidak boleh dipercayai dan tidak jujur.
Lelaki yang sejati tahu bahawa memuaskan hati beberapa orang sahaja di dalam hidupnya bukanlah satu keutamaan. Dia tidak mahu dijinakkan seorang wanita, tetapi dia sanggup memikul tanggungjawab yang hadir apabila dia menggalas cabaran yang besar di dalam hidupnya.
Apabila lelaki lain melihatnya tetap berpegang kepada komitmen dan nilai-nilai peribadinya, dia akan dihormati dan dipercayai lelaki lain, walau pun mereka mungkin tidak menyokongnya secara langsung.
3. Lelaki sejati berani untuk gagal.
Mencuba dan gagal adalah lebih baik daripada hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.
Lelaki yang sejati tidak teragak-agak atau meragui keupayaan dirinya mahu pun takut kepada kegagalan. Dia akan mengambil kira kemungkinan gagal apabila mengusahakan sesuatu perkara baru tetapi, ia tidak akan menghantui dirinya.
Jika ditakdirkan gagal, dia mampu menghadapinya.
Lelaki sejati juga belajar daripada kegagalan seperti mana dia juga belajar daripada kejayaannya. Jika dia terlalu mengambil jalan selamat, tenaganya akan berkurangan dan dia akan kehilangan mojo-nya.
4. Lelaki sejati fokus.
Lelaki sejati tahu membezakan perkara yang penting dan tidak penting. Dia tidak membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
Lelaki yang sejati fokus kepada kuasa, wang dan keluarga. Lelaki sejati tahu bahawa seks juga adalah sejenis kuasa dan tidak akan menyorokkan sisi tersebut dalam dirinya.
Jika orang di sekelilingnya berasa terancam dengan tenaganya yang terlalu maskulin, dia tiada sebarang masalah untuk membiarkan mereka dengan masalah itu yang berpunca daripada diri mereka sendiri.
//
Saya telah sebutkan empat ciri-ciri lelaki sejati yang didambakan wanita.
Ciri yang kelima, saya huraikan dengan lebih terperinci dan jelas dalam Manifesto Kedaulatan Diri yang saya siapkan khusus buat pembaca Buluh Perindu.
Saya huraikan ciri ini dalam satu manifesto sepanjang 28 muka surat. Namun, ia boleh dibaca dan dipraktikkan dalam sekali bacaan sahaja.
Ciri yang kelima ini, walau pun ia membantu seorang lelaki menjadi lebih menarik di mata wanita, ia juga mampu membantu seorang wanita menjadi lebih feminin di mata lelaki.
Ia satu ciri yang androgini.
Untuk mengetahui apakah ciri yang kelima ini, saya menjemput anda untuk melanggan newsletter dari saya.
Saya akan kirimkan manifesto itu dalam format PDF kepada anda sebaik sahaja anda mengesahkan alamat emel selepas melanggan newsletter Buluh Perindu.